Huraian
“Secara jujurnya pada mulanya minat saya bukan kepada kejuruteraan. Tetapi keadaan itu berubah apabila saya jatuh cinta pada bidang tersebut semasa bekerja sebagai jurutera di beberapa buah syarikat di ibu kota. Pengalaman berkerja selama lima tahun inilah menjadikan saya memberanikan diri untuk membuka syarikat kontraktor pada tahun 2011 dengan nama syarikat Profix Engineering Sdn Bhd. Pada masa itu, kereta Myvi itulah pejabat pertama saya,” ujar Amir Ashraf.