Di UMP, kami sentiasa menerima kerjasama dari dalam dan luar negara. Kerjasama kami mencakupi bidang sains, teknologi dan kejuruteraan serta merentas disiplin antara sains asasi dan sains sosial. Kerjasama strategik ini membolehkan perkongsian ilmu dan kemahiran di antara industri dan masyarakat bagi meningkatkan prestasi melalui elemen pendidikan, penyelidikan dan pembangunan serta perkhidmatan.