Piagam Pelanggan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)
Kami berjanji akan memberikan perkhidmatan berkualiti seperti berikut:
- Memberi perkhidmatan secara profesional dalam persekitaran kondusif dan mesra pelanggan.
- Menyediakan kemudahan dan infrastuktur yang bersesuaian bagi memenuhi kepuasan optima pelanggan.
- Mengurus perkhidmatan akademik yang cemerlang dalam tempoh yang ditetapkan.
- Melaksanakan aktiviti libatsama antara universiti dengan pihak luar secara berterusan.
- Mengesahkan penerimaan aduan, cadangan dan/atau pertanyaan berkaitan perkhidmatan universiti dalam tempoh 24 jam.
- Mengambil tindakan terhadap aduan, cadangan dan/atau pertanyaan berkaitan perkhidmatan universiti tidak melebihi lima (5) hari bekerja.