Kolej Teknologi Kejuruteraan menawarkan program yang menyediakan pelajar menjadi ahli teknologi kejuruteraan. Program yang ditawarkan menyediakan latihan profesional dalam aspek pembangunan dan pelaksanaan bidang teknologi tertentu iaitu mekanikal, awam, kimia, elektrik dan pembuatan. Berbeza dengan kejuruteraan, program teknologi kejuruteraan lebih bersifat gunaan dan kurang teori. Teknologi kejuruteraan tertumpu kepada aplikasi praktikal dalam kejuruteraan. Lepasan teknologi kejuruteraan sesuai dalam pelbagai industri dan bidang seperti pembangunan produk, pembuatan, teknologi, operasi dan penyelenggaraan. Lembaga Akreditasi Kejuruteraan dan Teknologi (ABET) menyatakan "Kejuruteraan dan Teknologi adalah berbeza tetapi kerjaya keduanya sangat berkaitan".